Wayang Kulit

Dengan berpegang pada konsep “tak kenal maka tak cinta”, pihak Panitia Kemanusiaan sekolah menjemput kumpulan kebudayaan iaitu Wak Long Music and Art Centre datang ke sekolah.

Tujuan bengkel wayang kulit ini dianjurkan adalah untuk mendedahkan seni persembahan kebudayaan masyarakat Melayu kepada pelajar Junior 2 dan Junior 3 supaya mengenali seni budaya persembahan ini.

Dalam bengkel ini, pelajar berpeluang untuk menyaksikan persembahan wayang kulit, bermain alat muzik, mengukir patung watak pada kulit kambing dan bermain patung di belakang layar. Sepanjang bengkel ini, pelajar berasa teruja kerana dapat menyaksikan persembahan wayang kulit secara fizikal. Mereka menghayati cerita yang disampaikan oleh tok dalang.

Bengkel ini membuka mata pelajar bahawa seni dan kebudayaan masyarakat Melayu dapat diadunkan dengan seni budaya masyarakat Cina. Jadi, bengkel ini sedikit sebanyak dapat menarik minat pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Malaysia di sekolah.