Dikirbarat
“Ala ewa, Ewa bule
Ewa bule, Teraju tigo”
Demikianlah lagu penutupan dikir barat yang bergema di Bilik Lan Xin. Syabas, pelajar-pelajar PCGPHS! Pelajar berdikir barat untuk memahami dan menghargai kepelbagaian budaya yang ada di negara kita. Dalam persekitaran yang semakin global, memahami budaya Melayu membantu pelajar untuk lebih berminat dalam pembelajaran Bahasa Melayu, di samping menghargai kepelbagaian budaya di negara kita.
Inisiatif Panitia Bahasa Melayu sekolah ini mendorong kesedaran multikultural dan menggalakkan pemahaman yang lebih baik antara pelbagai kumpulan etnik.
Terima kasih diucapkan kepada pegawai Kebudayaan USM kerana sudi berkongsi ilmu.
Recent Comments