国文美学户外教学

Pada tanggal 22 Julai 2023 yang lalu, Panitia Bahasa Malaysia dan Panitia Artistic telah menganjurkan Aktiviti Luar Bilik Darjah yang bertempat di Tropical Spice Garden yang telah disertai oleh semua murid Tingkatan Junior Tiga.

Objektif aktiviti kali ini adalah untuk mendekatkan pelajar dengan tema pengajaran yang ditetapkan menerusi aktiviti luar bilik darjah.

Seterusnya, ini dapat memupuk sikap berdikari dalam kalangan pelajar sepanjang proses interaksi dengan ahli kumpulan. Ini juga dapat mewujudkan dan menyediakan suasana kelas yang bermatlamat terus maju serta memupuk semangat berpasukan. Diharapkan aktiviti ini juga dapat mendedahkan pelajar kepada kemahiran yang baru dan juga mencungkil potensi diri.

Tema pengajaran untuk aktiviti kali ini ialah murid dapat didedahkan alam semula jadi yang penuh dengan kewujudan flora dan fauna khususnya rempah ratus yang dapat mempengaruhi habitat fauna di situ di samping siratan makan dan ekosistem yang berada di Tropical Spice Garden. Murid dapat menghayati kepentingan Matlamat Pembangunan Mampan 15: Hidupan Atas Darat (SDGs 15) agar hidupan darat ini dapat dikekalkan secara lestari. Menerusi aktiviti ini, murid juga dapat didedahkan kegunaan rempah ratus dan pentingnya nilai komersial pada masa ini.

Di Tropical Spice Garden juga, murid dapat mengenali jenis pokok di situ, sejarah rempah ratus, tokoh yang mengusahakan rempah ratus di Pulau Pinang, menghayati dan mencuba pelbagai jenis rempah menerusi penghayatan lima deria yang utama.

Aktiviti yang dijalankan termasuklah pengutipan bahan seperti batang, kayu, bunga dan batu untuk dijadikan sumber ilham bagi lakaran corak murid. Seterusnya, murid dapat mengenali kosa kata baharu seperti kata nama, kata kerja dan kata adjektif yang terdapat dan tersurat di kawasan yang menghijau ini. Akhir sekali, sesi kuiz dengan cara ular dan dadu diadakan untuk mengimbas kembali ilmu pengetahuan murid terhadap rempah ratus.

Tahniah diucapkan juga kepada Kumpulan C kerana mendapat kumpulan terbaik. Berikut merupakan senarai nama kumpulan tersebut :

Guru Pengiring : Cikgu Lim Chin Chin

Ahli Kumpulan :

(JZ3) Sia Hong Jing, Lim Tong Xuan, Ashley Yeoh Shi Yu,

(JC3) Yong Jing, Loo Yi Ting